Assalamualaikum...

جزاك الله خيرا

~ Tarikh ~

28 May 2011

Jangan Mengeluh

Begitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan.

Allah s.w.t berfirman "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya" (An-Nahl: 18).

Di saat kita tenggelam dalam keluhan diri sendiri, pancaindera kita tidak lagi mampu memainkan peranannya untuk melihat, mendengar, merasai dan menghayati pemberian Allah yang tiada henti-hentinya. Lantaran itu, begitu sukar sekali untuk menyebutkan kalimat Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba kepada khaliqnya. Itulah hakikitnya. Memang manusia sentiasa leka dan lupa. Manusia mempunyai keinginan yang tiada batasan. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki..Kecuali orang-orang yang bersyukur.

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?" Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur" Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah" jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu"

Subhanallah. Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin...

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7) 

14 May 2011

Jangan Tunjuk Peace kerana...

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Y...ahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

11 May 2011

Perkara yang Allah sembunyikan dan tak mungkin dapat dicari hingga sampai waktunya

Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Penjelasan..

Untuk yang pertama,Allah sembunyikan redhanya dalam taat,kalau korang tengok,ada hamba Allah yang begitu taat padaNya,tetapi sering ditimpa masalah,nasib tak menyebelahinya..Itu bukanlah bermakna Allah membencinya,bahkan Allah sentiasa meredhainya..Cuma mungkin ini untuk lebih menguji ketaatan hambanya.

Yang kedua,Allah sembunyikan murkanya dalam maksiat,ini dapat dilihat hari ini,ramai umat islam menjadi pelaku maksiat,perkara mungkar,tapi Allah tetap beri mereka kesenangan,lihatlah musuh musuh Allah,mereka hidup senang,yang hina nabi pun,umur dah hampir 90,tak mati mati lagi..Haaaa,ini tak pula bermakna Allah sayang dia,tapi ini untuk membuat si dia ini bertambah dosa lagi mudah untuk terus ke neraka kelak..Contoh lain adalah Qarun,orang paling kaya dahulu,tengok nak kaya tak kaya dia,mana mana harta yang kita jumpa dalam tanah hari ini,kita gelarkan "HARTA KARUN",yakni berasal dari ma "QARUN" ni la..yang merupakan penentang Allah yang nyata di zaman dahulu.

Yang ketiga adalah Allah sembunyikan namanya yang agung dalam Quran..Kita lihat,Allah ada 1000 nama,300 terkandung dalam kitab taurat,300 lagi dalam kitab zabur,300 lagi dalam kitab injil dan 99 ada dinyatakan dalam Quran kita hari ini,tambah semua skali ada 999,jadi satu lagi kita tak jumpa..dimana nama itu?Hanya Allah yang tahu..Hikmahnya adalah nak bagitahu,Allah lebih maha mengetahui berbanding manusia dimana akan ada ilmu yang manusia tidak akan dapat peroleh walau kaji sedalam mana pun.

Yang keempat,Allah sembunyikan malam lailatul qadar dalam bulan ramadan..tapi klunya ada iaitu di 10 malam terakhir dan di tarikh ganjil,tapi pernah kah ada pihak yang benar2 yakin hari yang dikatakan itu malam lailatul qadar?mungkin dia berada dalam malam itu,tapi sendiri tidak menyedarinya .. .:)

Allah juga sembunyikan solat paling utama dalam kelima lima solat wajib kita..Yang mana?subuh?zohor?asar?maghrib?isya'?wallahualam...tetapi untuk kita dapatkan solat utama tu,pastikan jangan tinggal kelima lima,insyAllah semuanya kita dapap ;)

Last skali,Allah sembunyikan tarikh hari kiamat..Siapa tahu bila kiamat?angkat tangan..2012? 2026? 2020? hanya tuhan yang tahu..Apa yang kita tahu hanyalah ia akan berlaku hari JUMAAT...ermm...Bila kiamat?

05 May 2011

Nasihat Rasulullah Kepada Remaja

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)
SYARAH AL HADIS :
Peliharalah Allah, nescaya (Dia) akan memelihara kamu.
Maksudnya: Kita hendaklah sentiasa memelihara hukum hakam Allah, hak Allah, perintah Allah dan larangan Allah. Iaitu dengan mengerjakan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.Amalan wajib yang paling utama agar dipelihara ialah ibadah solat. Dan juga termasuk kedalam makna pemeliharaan ini ialah kita mesti memelihara anggota badan kita daripada melakukan perkara perkara haram. Dan diantara hadis yang menyebut tentang pemeliharaan ini, ialah:
Ertinya: Barangsiapa yang memelihara apa yang terdapat diantara dua janggutnya (iaitu mulutnya) dan apa yang terdapat diantara dua kakinya (iaitu kemaluannya) maka dia masuk syurga. (Hadis dari Abi Hurairah).
Ringkasnya, ada dua makna yang dimaksudkan dengan memelihara Allah iaitu:
Memelihara hukum hakam yang berhubungan dengan amalan-amalan hati seperti keimanan (akidah), keikhlasan, rasa takut, cinta, harap dan sebagainya. Begitu juga seperti memelihara hati dari daripada segala jenis penyakitnya. Maka memelihara amalan hati ini adalah lebih penting dari memelihara amalan yang tidak bersangkutan dengan hati. Memelihara hukum hakam yang bersangkutan dengan amalan anggota yanq zahir. Apakah amalan itu membawa kepada kebaikan agamanya seperti solat, menutup aurat dan sebagainya atau yang dapat membawa kepada kebaikan dunianya iaitu muamalat atau aktibiti yang mendatangkan faedah.
Peliharalah Allah, nescaya kamu dapati Dia dihadapanmu:
Maksudnya: Jika kita memelihara Allah sebagaimana maksud diatas maka dia bukan saja akan mendapat pemeliharaan daripada Allah, malahan Allah akan berada dihadapannya iaitu bersamanya dimana saja dia pergi. Allah akan menolongnya, mengawalnya, memperkuatkan hatinya serta menunjukinya ke jalan yang lurus. Orang yang mendapati Allah besertanya akan selalu merasa tenang, gembira, kuat, dan tidak ada yang perlu ditakuti. Bukankah Allah telah menguatkan semangat Musa dan Harun AS ketika mereka merasa takut berhadapan dengan Firaun?
Allah berfirman: Janganlah kamu berdua takut, sesunqguhnya Aku bersama kamu berdoa Aku Mendengan dan Melihat (Thaha: 46).
Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah menguatkan semangat Abu Bakar As Siddiq ketika beliau berdua berada dalam gua Tsur?
Firman Allah: Ketika orang orang kafir (mushrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah), sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya: ” Jangan kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita. (At Taubah / 9 : 40).
Dan jika kamu memohon maka memohonlah kepada Allah: Maksudnya: Setelah kita meyakini bahawa jika kita memelihara hukum hakam Allah nescaya Allah akan sentiasa berada bersama kita dengan ilmunya, hidayahnya dan pertolongannya. Maka sudah sewajarnyalah jika kita memohon sesuatu hendaklah kita memohon kepada Allah yang Maha Dekat (Qarib) lagi Maha Pemberi (Wahhab), bukan kepada yang lain.
Permohonan manusia kepada Allah ada dua cara:
Melalui lisan. Mengungkapkan isi kandungan hati melalui lidah dengan penuh khusyuk dan merendah diri (tawadhu’) dihadapan Allah yang Maha Kaya lagi Maha Berkuasa.
Melalui amalan. Apa saja amalan yang dilakukan, apakah sebagai pedagang, dokter, pekerja kilang, menuntut ilmu, hendaklah mereka sentiasa ingat kepada hukum hakam Allah ketika melaksanakan tugas masing masing sambil mengharap kiranya pekerjaan tersebut dapat membawa kebaikan baginya pada masa hadapan.
Dan jika kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah.
Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:
Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.
Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain. Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya.
Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya, tidak melalui sembarang perantaraan atau wasitah dari manusia atau lainnya.
Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:
Rasul saw. menerangkan kepada Ibnu Abbas RA bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali.
Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.
Allah berfirman: Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu. (Yunus: 107)
KESIMPULAN:
1. Walaupun pada asalnya nasihat ini untuk Ibnu Abbas yang ketika itu masih muda remaja, namun prinsip pengajaran yang dikandung hadis ini adalah umum yang juga berguna untuk orang yang telah dewasa atau tua.
2. Memelihara Allah bererti memelihara agamanya. Memelihara agama bererti menjadi orang yang menuruti hukumnya dan mengikuti peraturannya. Dan itu tidak mungkin dapat dilakukan tanpa amal bakti, usaha dan ikhtiar. Melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya.
3. Para remaja hari ini terdedah dengan bermacaam pengaruh negatif. Sungguh banyak dikalangan mereka yang jatuh kelembah kehinaan. Mereka sebenarnya boleh mendapat pemeliharaan Allah. Tetapi bagaimana mereka akan mendapat pemeliharaan Allah kalau mereka sendiri tidak berusaha memelihara Allah?
4. Setiap orang tua mesti berusaha untuk memberi kefahaman tentang konsep yang terkandung dalam hadis ini kepada anak-anak mereka. Jika mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep ini, selain tugas orang tua akan menjadi lebih ringan dan juga insya Allah para remaja mereka akan selamat di dunia dan di akhirat.

03 May 2011

Jauhi Menjadi Tiga Golongan Yang Tidak di Endahkan Allah S.W.T.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amal soleh dan kebaikan yang dilakukan oleh  seorang muslim di dunia ini  akan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. dan Dia  tidak kurangkan walaupun sedikit amalan tersebut. Begitu juga amal kejahatan, maksiat dan dosa yang dilakukan oleh seseorang ketika di dunia ini akan dihisab dengan seadil-adilnya sehingga dosa sebesar zarah pun akan dibalas oleh Allah S.W.T tanpa terkecuali.

Oleh itu manusia tidak boleh terlepas jika hidup di dunia ini dia melakukan kezaliman kepada manusia yang lain dan melakukan kerosakkan di muka bumi. Allah S.W.T adalah Hakim yang Maha Adil.

Di dalam sebuah hadis Nabi S.A.W, Allah S.W.T tidak akan mengendahkan tiga golongan manusia. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : "Ada tiga golongan di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak membersihkan mereka daripada dosa,”- kata Muawiyah, “Juga tidak akan memandang mereka (mengendahkan mereka), bahkan mereka akan mendapat seksa yang pedih iaitu:
1. Orang tua penzina.
2. Raja, Pemimpin Kerajaan (penguasa) yang pembohong.
3. Si miskin yang sombong.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah S.W.T sangat murka kepada tiga golongan manusia iaitu orang tua penzina, pemimpin yang pembohong dan si miskin yang sombong. Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas. Mereka tidak tahu mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T. dan ada pula yang tidak sabar dengan ujian yang ditimpakan oleh-Nya.

Tiga golongan tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Orang tua penzina.

Nikmat diberi umur yang panjang oleh Allah S.W.T. kadangkala membuatkan manusia lupa daratan dan hidup bersenang-lenang melakukan berbagai maksiat tanpa berusaha menambahkan amal kebaikan selama tempoh hayatnya yang panjang itu. Bahkan tanpa segan silu masih bergelumang dengan dosa perzinaan.

Sabda Rasulullah S.A.W. kepada Sayyidina Ali r.a yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Sebaik-baik manusia di sisi Allah S.W.T.  adalah yang memberi kemanfaatan bagi manusia. Adapun seburuk-buruknya di sisi Allah adalah orang yang berumur panjang tetapi buruk amal perbuatannya."
Sepatutnya apabila umur telah sampai peringkat usia emas  amalan ibadah dan amal soleh telah menjadi sebati kerana sudah hampir sangat bertemu Allah S.W.T. bukanlah masih sebuk membuat dosa dan melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya, bersiap-siaplah untuk ke Neraka."

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sehingga apabila dia menjadi dewasa dan cukup umurnya 40 tahun, berkatalah ia: Ya Tuhanku! Berikanlah aku daya untuk mensyukuri kurniaMu yang telah Engkau kurniakannya kepadaku, dan kepada kedua ibu bapaku, dan dorongkanlah aku untuk membuat amalan soleh yang Engkau meredainya”(Surah al-Ahqaf ayat 15)

Ada yg mengatakan, bahwa apabila seseorang itu mencapai umur 40, sedang kebajikannya tiada melebihi kejahatannya, maka syaitan akan menyapu wajahnya seraya berkata: "Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas dariku. Ada juga yg memberi amaran, bila sudah 40tahun dan kebajikan masih kurang dari kejahatan, maka bersedialah untuk ke neraka"

Berzina adalah perbuatan buruk yang dikutuk oleh Allah S.W.T. dan termasuk di dalam dosa-dosa besar.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al- Israa’ ayat 32”

Sabda Rasulullah S.A.W.  yang bermaksud :
“ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.”
(Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

Kedua : Raja, Pemimpin Kerajaan (penguasa) yang pembohong.

Begitu juga dengan pemimpin yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk menjalankan pemerintahan, tetapi apabila dia mensia-siakan kepercayaan itu dengan melakukan berbagai penipuan dan pembohongan yang mengecewakan harapan rakyat maka dihari akhirat nanti Allah S.W.T tidak mengendahkan dirinya.

Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W menyatakan bahawa pemimpin yang adil dan melaksanakan peraturan yang diturunkan oleh Allah S.W.T. adalah salah satu daripada tujuh golongan di hari akhirat nanti akan mendapat perlindungan Arasy Allah S.W.T. ketika orang lain sedang menderita kepanasan di Padang Mahsyar. Sebaliknya pemimpin yang zalim dan menipu rakyat tidak mendapat mencium bau syurga. Salah satu bentuk kezaliman adalah menahan rakyat yang tidak berdosa tanpa di beri keadilan untuk membela diri di mahkamah.

Diriwayatkan bahawa salah seorang raja daripada Bani Israil membangunkan satu istana megah yang besar dan sangat indah bentuknya. Tiada sebarang kecacatan pada binaan istana tersebut, kecuali pondok seorang wanita . Oleh yang demikian raja merobohkan pondok wanita tersebut. Saat wanita tersebut melihat rumahnya telah hancur, dirinya bertanya, "Siapakah yang menghancurkan rumahku ini." Lalu ada yang menjawap, "Sang raja." Kemudian wanita ini pergi menemui sang raja dan ingin memintak haknya. Sesampai di istana wanita ini berkata,"Apakah benar engkau yang telah menghancurkan pondokku?" Sang raja berkata, "Ya, benar." Kemudian wanita itu bertanya, "Mana Hakku," sang raja menjawap,"Tidak ada Hak bagi dirimu," Wanita itu kemudian berkata, "Demi Allah S.W.T, aku akan mendoakanmu." Lalu ia pun mendoakan agar sang raja diberikan balasan atas perbuatan kezaliman yang telah dilakukannya.

Pada waktu malam telah tiba dan saat semua mata telah terlelap dibuai tidur mereka, Allah S.W.T. merobohkan istana sang raja. Allah S.W.T. meninggalkan satu potongan ayat yang tertulis pada salah satu dindingnya yang tersisa iaitu,

"Apakah engkau meremehkan DOA ORANG YANG DIZALIMI
Dan engkau tidak mengetahui apa yang dibuat DOA itu
Hukum Allah S.W.T. lah yang engkau lihat ini
Dan tidak ada hukum kalian yang kekal bentuknya."

Ingatlah bahawa pemimpin yang rasuah, menzalimi rakyat, pembohongan kepada rakyat (tidak tunaikan janji-janji yang dibuat) dan tidak mahu mendengar rintihan rayat, doa rakyat yang dizalimi cukup makbul dan dia akan menerima akibat daripada perbuatannya itu. Bukan setakat di dunia akan menerima balasannya tetapi di hari akhirat nanti Allah S.W.T tidak mahu mengendahkannya dan dimasukkan kedalam neraka.

Ketiga : Si miskin yang sombong.

Termasuklah di sini, orang-orang miskin yang sombong yang juga dibenci oleh Allah S.W.T. di mana kemiskinan itu telah membuatkan dia lupa dengan akhirat, lupa dengan Allah, lupa dengan tujuan hidupnya dan lupa untuk beramal dan selalu disibukkan oleh usahanya mencari makan dan minum untuk menyambung hayatnya.

Bahkan kerana miskin juga ada yang berlagak sombong dan menyisihkan diri daripada orang ramai tanpa mahu bergaul. Kerana kemiskinan juga banyak orang miskin yang terjerumus dalam kekafiran, dan ia rela menjual agamanya kerana tuntutan hidupnya sementara ia dijanjikan hidup yang baik dalam agama lain.

Dari Abdullah bin Mas'ud dari Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud, "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

Salah seorang berkata, "Sesungguhnya ada orang yang menyukai baju dan sandal yang bagus."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sombong adalah sebuah penyakit yang akan menjadi penghalang bagi pelakunya dari syurga dan keselamatan. Sombong ibarat racun yang berada di dalam hati, jiwa dan perasaan. Di mana racun itu akan menyerap dalam jiwa, harta, kedudukan, kekuatan, kemampuan dan ilmu seseorang. Racun dalam jiwa manusia yang tidak akan boleh lepas dari was-was syaitan dan beranggapan bahawa ia adalah orang yang paling penting atau mempunyai kedudukan tinggi.

Orang yang sombong, mula-mula sombong dengan manusia, lama kelamaan dia akan menjadi sombong dengan Allah S.W.T.

Penyakit sombong ini boleh di ibaratkan seperti setitik noda dalam jiwanya. Jika hati telah ternoda dengan noda-noda kesombongan ini, si pemilik hati seperti itu selamanya akan berada di dalam keracunan, ia tidak akan boleh berlaku adil atau mengikuti kebenaran. Sombong adalah kegelapan. Kegelapan yang menyelimuti bashirah manusia sebelum penyelimuti akal fikirannya. Tatkala kesombongan menyelimuti mata hatinya, saat itu pula kesombongan menyelimuti akal fikirannya.

Jika orang kaya sombong mungkin yang dibanggakan adalah harta bendanya yang banyak, tetapi jika orang miskin sombong ianya adalah berpunca daripada hatinya yang berpenyakit dan tidak reda dengan qadak dan qadar Allah S.W.T.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjauhi daripada menjadi salah satu daripada tiga golongan yang dimurkai oleh Allah S.W.T. kerana tiga golongan ini tidak akan dapat memasuki syurga Allah S.W.T seluas langit dan bumi. Ingatlah bahawa hidup kita di dunia ini adalah sementara janganlah di dunia yang sementara ini menyebabkan kita lupa bahawa setiap kita cukup hampir bertemu dengan Allah S.W.T. Tinggalkanlah maksiat dan dosa, menzalimi orang lain dan sifat sombong kerana sifat-sifat ini adalah sifat ahli-ahli neraka.