Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan
hadis
1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a.,
katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara
menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu
penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia
yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka
pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat
muzik.
“Pada akhir zaman akan
terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai
Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah
bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu
Majah
4. Menghias masjid dan
membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah
dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” –
Riwayat Nasai
5. Munculnya kekejian,
memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat
sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim
dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim
6. Ramai orang soleh
meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari
kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk
yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat
Ahmad
7. Orang hina mendapat
kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang
yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada
orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara
tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan
salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang
berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
r.a.
“Di antara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
10. Bulan sabit kelihatan
besar.
“Di antara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak
tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul
pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita
yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu
sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim
12. Banyak saksi palsu dan
menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum
datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian
yang benar”- Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim
Wahai saudara-saudaraku,
marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi,
ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan
manusia yang dimurkai.