Assalamualaikum...

جزاك الله خيرا

~ Tarikh ~

24 January 2011

Masa pasti berlalu bersama cerita semalam..Tapi tentunya ada kenangan yang kekal dalam lipatan sejarah..Namun jangan sesekali membiarkan kenangan itu membelenggu diri kita..Hakikatnya semalam sudah terlalu jauh ditinggalkan,sedangkan hari ini dan esok masih tiada kepastian,samar dan terlalu misteri..Jadi berusahalah untuk bangkit kembali..Sesungguhnya hanya kita yang dapat mengubah diri-sendiri ..Bukan orang lain..apatah lagi kenangan lalu...Lepaskan kenangan itu jika hanya menambah lara dihati..Detik malang tentu tidak selamanya akan kekal..Insyallah

18 January 2011

Kekayaan, kemiskinan sekadar permainan dunia menjelang hari akhirat

HATI siapa takkan tertarik melihat kemilau dunia berada di depan mata. Tangan pasti segera mengambil harta benda yang boleh mendatangkan kenikmatan. Perhiasan pula dipakai untuk menunjukkan darjat yang tinggi dan gelaran orang kaya akan jadi sebutan orang ramai. Indahnya dunia bagi si kaya. 

Al-Qarni pernah menulis mengenai perbezaan antara si kaya dan miskin dengan menyatakan: "Orang kaya yang pendiam dipuji manusia sebagai orang yang warak dan tawaduk sedangkan orang miskin yang pendiam dikata bodoh dan lembap. Orang kaya yang banyak bercakap digelar cerdik dan pintar, manakala orang miskin yang banyak cakap dikata sebagai kuat berangan, cakap tak serupa bikin. Orang kaya yang banyak memberi digelar sebagai dermawan, orang miskin yang memberi pula dikata tak sedar diri hendak menunjuk-nunjuk. Orang kaya yang bercakap lembut dan mesra dipuji sebagai berjiwa rakyat. Orang miskin yang mesra pergaulannya disangka suka mengambil kesempatan ke atas orang lain." Jelas, kemenangan sentiasa berada di pihak si kaya. 
Allah sudah menggariskan takdir setiap manusia ketika dia masih dalam perut ibunya. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang iman dan yang miskin pula kuat imannya ataupun sebaliknya. 

Mungkin dulu saat tidak ada duit banyak kita sering gelisah dan marah dengan takdir Allah, apabila duit banyak pula, lupa daratan dan tidak tahu bersyukur. Boleh jadi juga, ketika susah dekat dengan Tuhan tetapi apabila hidup senang tidak sempat pula menikmati ibadat sebab terlalu sibuk. 

Semua itu adalah pilihan masing-masing. Allah berhak menguji iman hamba-Nya dengan kekayaan atau kemiskinan. 
Begitulah hakikat kehidupan, manusia digesa untuk berusaha ke arah mempertingkatkan taraf hidupnya. Supaya dunia digenggam dalam tangan dan ditadbir menurut iman dalam hati yang sentiasa meletakkan akhirat bertakhta di sanubari. 

Rasulullah SAW bersabda ketika Baginda menziarahi kubur kaum muslimin bersama sahabatnya yang mafhumnya: "Wahai Abu Muwaihibah, sesungguhnya aku sudah ditawarkan dunia berserta seluruh isinya, lalu aku disuruh memilih antara dunia atau berjumpa dengan Allah dan masuk ke syurga-Nya." Abu Muwaihibah berkata: "Wahai Rasulullah ambillah dunia ini dulu kemudian baru engkau meminta syurga." Baginda bersabda: "Tidak, wahai Abu Muwaihibah, aku memilih berjumpa dengan Allah dan masuk ke syurga-Nya." (Hadis riwayat Imam Ahmad) 

Nyata betapa murahnya harga dunia ini berbanding dengan kenikmatan syurga Allah. Maka tidak hairan jika orang kaya yang beriman tidak sayang kepada hartanya ketika dia berbelanja di jalan Allah. 

Begitu pula si miskin yang kaya hati, tidak berubah imannya ketika susah ataupun senang. Dia tetap berkorban di jalan-Nya. Kaya dan miskin hanya sekadar status yang tidak merisaukan sedikitpun bagi mereka yang beriman. Begitu juga ketika mereka dibangkitkan nanti pada hari pembalasan. 
Seperti sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Pada hari kiamat kelak, akan dihadapkan seseorang yang paling kaya di dunia sedangkan dia adalah calon ahli neraka. Maka dicelupkan orang itu ke dalam api neraka sebentar kemudian dikeluarkan dan disoal: "Wahai anak Adam, pernahkah kamu (ketika di dunia dulu) merasakan kesenangan dan kebahagiaan selama hidupmu? Ia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku! Kemudian didatangkan seseorang yang sangat menderita hidupnya di dunia sedangkan dia adalah calon ahli syurga. Kemudian ditanya kepadanya: Wahai anak Adam, pernahkah kamu rasakan penderitaan dan kemalangan selama hidupmu? Ia menjawab: Tidak, wahai Tuhanku, aku tidak pernah menderita sama sekali." (Hadis riwayat Muslim) 

Nikmat akhirat sudah menghapus ingatan si miskin mengenai penderitaan di dunia, sedangkan si kaya pula terlupa bahawa dia pernah berada di puncak kenikmatan dunia saat merasai azab Tuhan di akhirat. 

Bagaimana pula dengan ingatan kita, adakah ia akan hilang seketika, kuasa apakah yang begitu hebat menghapus memori dunia daripada akal fikiran kita? Betapa dahsyat dan ngerinya peristiwa hari kebangkitan. Tetapi begitu mudah pula manusia melupakannya. 

Peristiwa hari pembalasan terlalu segar dalam ingatan para sahabat Baginda SAW sesegar ingatan kita mengenai jumlah harta yang tersimpan hasil jerih payah sendiri. Mereka melihat akhirat dengan begitu terang seolah-olah menyaksikannya dengan imbasan gambaran yang hidup. 

Sedangkan hati mereka mengingati firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanamannya mengagumkan petani. Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning, kemudian menjadi hancur dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu." (Surah al-Hadid ayat 20). 

Mereka yang miskin berbondong-bondong mencari keredaan Allah dengan sedaya-upaya mereka. Bahkan pernah ayat al-Quran turun disebabkan tangisan mereka yang tidak dapat bersedekah kerana tidak memiliki apa-apa. Sedangkan di kalangan sahabat yang kaya berlumba-lumba mengeluarkan bantuan untuk kemenangan Islam. 

Pernah suatu ketika, penghulu orang miskin mengadu kepada Baginda Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, orang kaya sudah memborong semua pahala dan tingkat yang tertinggi serta kesenangan yang abadi. Rasulullah SAW bertanya: Mengapa demikian? Mereka berkata: Mereka solat seperti kami, berpuasa seperti kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak mampu. Rasulullah SAW bersabda: Sukakah kamu aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar mereka, dan tidak ada seorang yang lebih utama daripada kamu melainkan yang berbuat seperti perbuatanmu? Mereka menjawab: Baiklah, wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Bertasbih, bertakbir dan bertahmid selepas sembahyang 33 kali. Kemudian mereka kembali lagi dan berkata: Wahai Rasulullah, saudara kami orang kaya mendengar perbuatan kami, maka mereka melakukannya juga. Rasulullah bersabda: Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Hadis itu menegaskan betapa beruntungnya menjadi orang kaya yang beriman berbanding si miskin yang jauh ketinggalan dalam berbuat kebajikan. Namun tidak dinafikan ujian harta amat berat berbanding ujian kesusahan, kerana harta ramai orang terpedaya dan menggadai iman. 

Memang sepatutnya si kaya layak mendapatkan kelebihan dibandingkan yang miskin jika mereka beriman kerana harta itu bagaikan rantai besi di lehernya yang mengikat dengan keras dan terkadang menyakitkan. 

Kaya dan miskin semua itu kurniaan Allah, yang menyelamatkan hanya amal salih dan hati yang suci seraya tunduk kepada-Nya. 

Jika si miskin berangan-angan betapa indahnya hidup menjadi orang kaya, sesungguhnya si kaya juga tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki dan berangan alangkah mudahnya jika hidup miskin, tidak perlu fikir banyak dan cari hal yang susah-susah. Bukankah dunia ini sememangnya sekadar mainan? 

17 January 2011

3 Perkara Yang Elok Disebut

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.Lantaran itu,Kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah.Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baik elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika,bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sendawa.Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat.1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur didunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup didunia hanya 1/100 daripada akhirat.Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA).Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya.Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting,tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhir (SAA) yang tak pernah rugi dan merundum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda.Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat. 
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati.Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana.Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak.Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini.Dunia ibarat kebun akhirat.Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi.Meskipun sudah terjamin akan syurga,Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya.Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ? 
Renung-renungkanlah.. 

16 January 2011

Pesanan Buat Wanita

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: 
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajipannya tetapi tidak mempunya keinginan (terhadap perempuan umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (Misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah S.W.T Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. 
(surah An-Nur ayat 31) 

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : 
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada meraka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. 
(surah Al-Hadid ayat 16)

15 January 2011

Kemuliaan Ibu Dalam Islam

~Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. 

~Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari dan pahala ibadat dimalam hari. 

~Wanita yang bersalin dapat pahala 70tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada pada uratnya,Allah bagi satu pahala haji. 

~Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. 

~Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. 

~Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. 

~Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun,maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 

~Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 hamba. 

~Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun Pahala ibadat.

12 January 2011

Hari ini 12/01/2011

Hari Ini..aKu bangun lewat dan pi kerja pun lewat,nasib baik bos takde..kalau tak da kantoi asyik datang lewat..
Sampai je pat kerja aku wat macam biasa..On pc..buat kerja sikit-sikit..pastu surfing net..
Aku dapat berita yang agak menyedihkan...Pemergian Cikgu displin masa zaman skola menengah dulu-dulu..Cikgu wan Mansur...sakit Paru-paru berair..arwah seorang yang tegas dan garang....tapi baik hati..
penah gak dia tumpangkan aku ke sekolah dan balik umah..arwah salah seorang sahabat baik bapak aku...so kalau aku ada wat kes kat sekolah mesti bapak aku pun dapat tau..jadi masa kat sekolah dulu aku seorang pelajar yang boleh dikatakan agak baik gak..Sedih gak arwah dah takde..takziah buat member aku faisal yang merupakan salah seorang anak arwah...dan Al-fatihah Buat Arwah Cikgu Wan Mansur semoga Arwah Ditempatkan Dikalangan Orang-orang yang beriman....

10 January 2011

Rahsia Nikmatnya Hidup

Bila hidup ini tidak halangan, tentu tidak menarik. Terlebih dahulu di-cast dengan ilmu, lalu kita amalkan dalam kehidupan, seperti bertarung dalam kehidupan nyata ini. Tapi kita harus benar-benar dapat mengukur diri kita. Misalnya, ketika terjadi pertemuan dengan kalangan tertentu, yang membuat keimanan kita turun, bererti pertemuan itu tidak bagus untuk kita. Bererti iman kita belum cukup untuk dapat menangkis pengaruh negatif dari kelompok itu. Maka untuk sementara waktu kita perlu berhijrah dari lingkungan tersebut, dalam rangka menguatkan diri. Sehingga pada waktunya, kita sudah sedia untuk terjun ke dalam kehidupan sebenar, namun kita sudah berbekal dengan kemampuan yang lebih baik. Kita harus mendakwahi mereka, ketika kita sudah yakin dengan kekuatan diri kita. Di-cast dapat juga dengan cara berkumpul dengan orang-orang soleh. Diamnya saja akan berpengaruh terhadap keyakinan kita.
Yang paling membuat hidup kita tidak selesa adalah kebingungan, ragu-ragu, dan keraguan, kerana setiap yang meragukan membuat hidup kita tidak jelas. Dalam menjalani hidup ini, apabila belum mengenal peta hidup dengan jelas, maka menyebabkan hidup menjadi gamang, ragu, dan sangat meletihkan.
Dalam menjalani hiduup ini, harus jelas hala tujunya dan bagaimana dalam melangkahnya, siapa Tuhan kita, siapa kita, apa yang bahaya, dan apa yang menyelamatkan, akan ke mana kita, dan sebagainya. Kalau sudah semuanya jelas, maka akan mantap dan tidak akan bingung dalam menjalani hidup.
Manusia diciptakan dan diurus oleh Allah SWT. Tugas kita di dunia ini adalah menjadi hamba Allah. Mematuhi apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarang Allah. Perkara rezeki adalah mutlak dalam genggaman Allah. Kalau kita patuh kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan Allah, Sang Pemberi rejeki pasti akan menjamin segala keperluan rezekinya.
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. QS At-Thalaq : 2-3
Kita bekerja bukan hanya untuk mencari wang, tapi merupakan amal soleh dalam menjemput rezeki atau nafkah kita. Yang dicari keberkahan dan redha Allah SWT. Orang yang mencari redha Allah tidak akan ragu kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki, pasti kita akan bertemu dengan rezeki kita, sehingga tidak akan mahu berbuat haram. Kalau seseorang tidak mencari redha Allah, maka ia akan menghalalkan berbagai cara.
Dengan demikian, berbeza antara orang yang bekerja hanya untuk mencari wang, dengan orang yang bekerja untuk mencari redha-Nya. Orang yang mencari redha Allah, sama sekali tiada keraguan, yakin pasti bertemu dengan rezekinya. Selama sesuai dengan perintah Allah, tidak perlu menghiba-hiba kepada manusia, kerana manusia tidak dapat memberikan apa pun, tanpa izin Pemilik Semesta Alam.
Kita bergaul dengan manusia, bukan untuk menuhankan, dan memelas kepada manusia. Kita bergaul dengan manusia kerana Allah menyuruh kita bergaul dengan manusia dengan baik. Kita berbuat baik bukan untuk dihargai. Orang menghargai, dan mengakui kebaikan kita atau tidak, bukan urusan kita. Urusan kita adalah bergaul dengan manusia dengan baik sesuai perintah-Nya. Tidak boeh takut kepada manusia. Diri kita milik Allah, tak akan jatuh sehelai rambut pun tanpa izin pemilik-Nya. Tidak akan pernah mati, kecuali Allah yang mematikan.
Manusia bukan pemberi rezeki, manusia hanya makhluk sebagai jalan dari ketentuan Allah. Tugas kita jelas, menjemput rezeki kita dengan cara yang halal. Semua anak-anak kita ada rezekinya. Tugas orang tua membawa anaknya mengenal siapa penciptanya, Lukmanul Hakim menjadi contoh bagaimana seorang hamba Allah, yang tidak bertuhankan selain Allah. Beliau mendidik anak untuk mengenal-Nya, dengan itu akan berjumpa dengan rezekinya yang berkah. Dan akan berjumpa dengan rezeki dan takdir terbaik dalam kehidupannya. Setelah kita mati, warisan terbesar kita kepada anak-anak kita adalah keyakinan dan istiqamah taat kepada Allah.
Dunia ini hanya tempat persinggahan. Semua kita akan tinggalkan. Dunia tidak ada apa-apa. Dunia bukan untuk memperbudak kita, tapi dunia diciptakan untuk menjadi pelayan kita. Harta, pangkat, gelaran, tidak ada apa-apa erti. Orang-orang zalim dan ingkar diberi oleh Allah dunia ini. Kemuliaan bukan dengan pencapaian duniawi, tanda kemuliaan bukan dengan berharta atau berpangkat, melainkan dengan takwa.
Takwa itu tandanya hatinya yakin, patuh kepada Allah, lahir batin. Redha dengan semua takdir yang telah ditetapkan Allah. Allah tidak pernah zalim dalam menentukan takdir kita. Jelas hidup ini hanya singgah sebentar di dunia dan dunia tidak dibawa ke alam kubur.
Siti hajar ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim yang merupakan perintah Allah, ia lantas mengikutinya. Lalu tatkala memerlukan air untuk diri dan anaknya, beliau pun berlari-lari mencari air ke bukit shafa dan marwah. Namun air tidak muncul di bukit tersebut melainkan di sekitar ka’bah yang berjarak seratus meteran dari sana.
Maka tugas kita dalam hal ini adalah untuk menyempurnakan ikhtiar, bukan menentukan hasil. Jangan pernah risau dengan janji Allah. Sesungguhnya yang berbahaya bagi diri kita adalah keburukan dari diri kita sendiri. Orang lain hanya menjadi jalan.
Sekarang masalah apa pun yang menimpa, jangan sibuk dengan orang yang menjadi jalan, melainkan sibuk dengan diri kita yang menjadi penyebabnya. Kebaikan kembali pada pembuatnya, begitu pula keburukan. Tidak ada yang merosak diri kita selain dari keburukan diri kita.
Ketika kita menghadapi kesusahan, kita tidak dapat menyelesaikan dengan kemampuan kita, melainkan dengan pertolongan Allah. Bagaimana jalan keluarnya? Adalah dengan bertaubat.
Barangsiapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan menenangkan hatinya, Allah akan memberi jalan keluar, dan rezeki pertolongan dari yang tidak terduga.
‘maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)
Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin, dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah. Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati. Kunci yakin adalah hati yang bersih. Makin bersih dari kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati akan langsung merasakan keyakinan, hati peka, doa mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang. Maka jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya, melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya.
Sekuat tenaga mengarungi hidup, disusuli dengan semangat kebersihan hati. Cari sahabat yang dapat membantu membersihkan hati. Seperti kereta yang tidak berfungsi whipernya/ pembersih kaca ketika hujan lebat, maka dia akan risau. Bukan tiada jalan, melainkan tidak dapat melihat jalan. Seperti itu pula ketika kita melihat dengan mata hati yang tertutup dosa. Oleh kerana itu, kembalilah kepada Allah, seperti kaca yang bersih, maka akan tampak semua yang ada, kerana tidak tertutup, seperti udara bagi paru-paru ini, penyelesaian sesungguhnya terhampar dekat kita.

01 January 2011

Al-Kisah Tahun 2010

Hari Nie Tahun Baru 2011...Dan berakhirnya Tahun 2010...Banyak Kisah dan Kenangan Yang Berlaku Di Tahun 2010...
Boleh dikatakan banyak kisah sedih..lebih-lebih lagi pemergian orang yang tersayang...
Banyak duka daripada suka...tapi aku tabah menghadapi segalanya...lupakan kenangan lama...mulakan kisah baru..buka buku baru...buku lama simpan lam almari...
Kenangan 2010 yang paling aku takleh lupa..pemergian arwah nenek aku...sebelum arwah pergi..aku ada janji nak balik kg jenguk dia...tapi janji tinggal janji...Aku tak sempat jumpa arwah...sedih..
Pada bulan june..aku balik kampung lagi...kali nie kerana reunion dengan kawan-kwan sekolah dulu....dah lama tak jumpa mereka semua....rindu kat kawan sekolah...imbau balek kenangan zaman persekolahan dulu...best...
Puasa 2010 Alhamdulillah penuh...takde kantoi @ miss...syukur pada Allah...
Raya 2010 bagi aku macam biasa je...takde kemeriahan sangat...mungkin kerana arwah nenek takde...raya pun macam takde pape yang special...
Last yang aku tau tahun 2010 aku banyak bermimpi...macam-macam mimpi yang aku alami...tapi biarlah aku sorang je yang tau mimpi ape..lagi orang cakap mimpi tak elok dibagitahu kat orang lain....so...biarlah rahsia...
setakat nie je untuk episode blog aku...sekian........