Assalamualaikum...

جزاك الله خيرا

~ Tarikh ~

15 April 2011

Jumaat Yang Indah

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Kelebihan orang yang sering berzikir kepada Allah:

- mendapat keredhaan allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan di dalam jiwa.

- menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

- mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari allah serta dimurahkan rezeki.

- dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan allah.

- segera mendapat pembelaan dari allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.

- mendapat kehormatan dan doa dari sekalian malaikat.

- memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka semakin banyaklah pohon tamar itu untuknya.

- mendapat nur dari allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan titisan sirat nanti.

-  dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

-  menjadi pendinding dan perisai dari neraka jahanam.

No comments: