Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak
sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata
jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun
masuk neraka juga) kalau ia masih tidak yakin sembahyang itu fardu.
1. SOLAT IKUT-IKUTAN
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja,
bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar
sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang
tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan
derhaka kepada Allah Taala.
2. SOLAT IKUT SELERA
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai
sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi
mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia
sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria,
berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh
fasik.
3. SOLAT YG LALAI
Orang yang sembahyang, kalau pun ilmunya tepat, fasih
bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya
banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya
pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia
baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam
sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam
sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
4. SOLAT AWAM
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat
ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati.
Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
5. SOLAT ORANG YG LALAI
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi,
tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali
sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah
terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba
maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk
menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga
selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah
(ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak
terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang
sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu
moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu.
Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang
ini.
6. SOLAT PARA SOLEHIN
Golongan yang mengerjakan sembahyang tepat ilmunya,
faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan
fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan
atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak
mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan
kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak
mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya.
Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
7. SOLAT PARA MUQARRABIN
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai
kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam
sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya
itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati
sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia
masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai
pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan
Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
8. SOLAT PARA SIDDIQIN
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh
golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam
sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia
bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai
segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi
penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang
Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan
sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah
mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah
cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan.
Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya
pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.
KESIMPULAN
Setelah kita nilai keseluruhan 8 peringkat sembahyang itu
tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin
hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 6, 7 dan 8 sahaja.
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh
pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah
diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang
akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar
terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Sumber: johneox.wordpress
No comments:
Post a Comment