Assalamualaikum...

جزاك الله خيرا

~ Tarikh ~

16 May 2010

Hari Guru ~ ~ ~

Hari ni hari Yang agak SPECIAL..Di bulan Yang SPECIAL...
Hari nie Hari Guru...Hari Pendidik.....
Hari ni Jugak la buat aku teringat kembali memory mase kat skool dulu-dulu...
Kalau dulu-dulu...bila tiba hari guru cenggini...suasana skool aku begitu meriah..
Happy dengan sambutan hari guru kat skool..
Teringat balik aku..Jasa-jasa guru-guru yang telah mendidik aku hingga jadik seorang insan yang boleh dikatakan agak berjaya dipersada dunia...hehehe...merapu lak...
aku sebenarnya nak ucap selamat hari guru dan ucapan terima kasih banyak-banyak kat cikgu yang penah didik aku..bagi aku..diaorang sume tu ibaratkan IBUBAPA yang kedua...tak jemu mendidik...
hmmm..terima kasih....terima kasih Cikgu..terutamanya Guru Sekolah S.J.K (c) Kai Chih Dan Guru Sekolah Sek Men Keb Tok Janggut..Saya amat menghargai segala jasa Cikgu pada saya yang kerdil ini...tidak Lupa jugak ucapan terima kasih kepada Jurulatih aku masa Unit Ko dulu-dulu gak...diaorang banyak mengajar aku Erti KEHIDUPAN yang sebenar...
Sempena hari guru ini..aku teringat Satu Sajak...Sajak yang Agak menyentuh hati dan perasaan aku...
Sajak Ini kalo tak silap aku...ditulis oleh Usman Awang..seorang Sasterawan yang terkenal...(sape tak kenal memang tak belajar sejarah kot) sajak dia ni agak emo ckit...tapi aku suke...
Okeh...jom sama-samalah kita menghayati sajak ini......

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

No comments: