Assalamualaikum...

جزاك الله خيرا

~ Tarikh ~

12 December 2012

Perempuan Yang Terbaik Untuk Dijadikan Isteri


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam pernah ditanya siapakah perempuan yang terbaik ? Lalu baginda SAW pun menjawab : الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ ، وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ ، وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ Perempuan yang mengembirakan (suaminya) apabila melihatnya, mentaati suaminya apabila diperintahkan (dengan sesuatu arahan) dan tidak menyalahi suaminya dalam hal yang berkaitan dengan dirinya atau hartanya yang boleh membuatkan suaminya tak suka. [ Riwayat An-Nasaie]

Dalam hadith Tsauban RA pula meriwayatkan tentang Umar RA yang bertanya kepada Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dimiliki oleh orang yg beriman lalu baginda SAW pun menjawab : لِيَتَّخِذْ أَحَدُكُمْ قَلْبًا شَاكِرًا ، وَلِسَانًا ذَاكِرًا ، وَزَوْجَةً مُؤْمِنَةً تُعِينُ أَحَدَكُمْ عَلَى أَمْرِ الْآخِرَةِ Hendaklah kamu memiliki hati yang bersyukur, lisan yang berzikir (mengingati Allah) dan isteri beriman yg dapat membantu kami di dalam urusan akhirat. [riwayat Tirmidzi]

Ini petunjuk dari sunnah tentang cara mencari isteri yang dapat membahagiakan dunia dan akhirat.

1. Wajah dan dirinya mengembirakan hati suami (cantik itu subjektif, setiap lelaki harus mencari wanita yang cantik bagi dirinya)

2. Mentaati dan patuh pada suami. (Lihat perangainya, jenis melawan atau taat, sikap manusia bukan boleh berubah serta-merta)

3. Pandai menjaga hati suami dari melakukan sesuatu yg tidak disukai oleh suami.

4. Dapat membantu urusan agama/perjuangan di akhirat.

04 December 2012

Lafaz Yang Sering Kita Dengar


"Haiyya 'Alassolah.
Haiyya 'Alalfalah."

Lafaz yang sering kita dengar,
10 kali sehari (minima, kalau tak pernah dengar Iqamat selama ni.)

Kita hairan mengapa orang ramai,
tatkala mendengarnya,
tetap khusyuk bekerja,
tetap khusyuk bermain,
apakah pekak mereka-mereka ini?
Atau apakah mereka alah bisa tegal biasa akannya?

Dan mereka yang mendengar pula,
kadangkala terasa berat hatinya,
kadangkala terpaksa dirotan sampai berbirat,
barulah nak terhegeh-hegeh ke masjid,
padahal tok imam dah tarik nafas nak bagi salam kedua.

Apakah?

Barangkali,
kita terlupa,
akan tujuan hidup kita.
Akan matlamat penciptaan kita.

Barangkali jua,
definisi kejayaan kita tersasar,
kita terpedaya dengan kejayaan ciptaan manusia,
kita terpesona dengan janji-janji syaitan.

Allah tiadalah menjadikan sesuatu itu tanpa sebab.

"Haiyya 'Alassolah.
Haiyya 'Alalfalah."

Sekiranya azan tidak dikumandangkan 5 kali sehari,
apakah kita akan istiqamah dalam menunaikan solat 5 waktu?
Sekiranya hanya "Haiyya 'Alassolah" dilaungkan,
apakah kita akan tergerak untuk menunaikan solat pada awal waktu?

Benar, kita tidak memahami "Haiyya 'Alalfalah." itu apa,
tapi, Allah tetap akan menggerakkan hati kita.

Kerna Allah jadikan kita sebagai Khalifah,
maka pabila dibentangkan kepada seorang Khalifah,
akan jalan menuju kejayaan,
sudah pasti hatinya akan tergerak jua,
dengan izin Yang Maha Mengetahui.

Solat yang seterusnya,
adalah Asar.

Tatkala terdengarnya azan,
tetapkan hati.

"Aku ke Masjid, aku hendak menunaikan solat, kerna aku adalah Mukmin yang berjaya. Kerna aku beriman dengan surah al-Mu'minun."

Ciri-ciri seorang Mukmin yang berjaya,
banyak terdapat dalam surah al-Mu'minun.
Dan celiklah wahai Rijal-rijal, Nisa'-nisa' Mukmin,
kayu ukur yang pertama Allah nyatakan dalam menjadi mukmin yang berjaya,
tidak lain dan tidak bukan,
adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya."

-Al-Mu'minun 23:1&2-

Moga Allah redha

Bendera Putih Al-Liwa dan Panji Hitam Ar-Rayyah


Bendera Putih Al-Liwa dan Panji Hitam Ar-Rayyah Lebih Layak Dikibarkan oleh Umat Islam Di Perkarangan Masjid dan Surau Serta Madrasah.

BENDERA ( AL-LIWA' )
Bendera ini adalah berwarna putih dan tertera diatasnya kalimah 'La ilaha illallah Muhammad Rasulullah' dengan tulisan berwarna hitam.

Ibnu Majah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan:
"Bahawa bendera (Al-Liwa') Nabi SAW berwarna putih, sedangkan panji (Ar-Rayyah) beliau warnanya hitam".

Riwayat Ibnu Abbas yang lain:
" Bahawa pada bendera Nabi saw tertulis kalimah 'La ilaha illallah Muhammad Rasulullah'".

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima atau ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir berkenaan. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan Nabi saw adalah dimana baginda sebagai amir semasa pembukaan Makkah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.

Diriwayatkan dari Jabir,:
"Bahawa Nabi saw memasuki Kota Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih." [HR : IbnMajah]

PANJI ( AR-RAYYAH )
Bendera ini adalah berwarna hitam yang mana tertulis diatasnya kalimah 'La ilaha illallah Muhammad Rasulullah' dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh setiap ketua unit. Dalilnya adalah Rasulullah saw, semasa menjadi panglima perang Khaibar, bersabda:

"Aku benar-benar akan memberikan panji (rayyah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya serta dicintai pula oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah saw memberikan panji itu kepada Ali." [HR Bukhari.]

Saidina Ali karamallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division .

Diriwayatkan dari Harits bin Hassan Al Bakri yang mengatakan,:
" Kami datang ke Madinah, disaat itu dan Rasulullah saw sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan dihadapan Rasulullah terdapat banyak rayyah hitam. Lalu aku bertanya:

" Ini panji-panji?" Mereka pun menjawab: " (panji-panji) Amru bin Ash yang baru tiba dari peperangan ."

Maksud ungkapan " terdapat banyak rayyah (panji) hitam" menunjukkan bahawa terdapat banyak panji panji yang dibawa oleh para tentera walaupun amirnya hanyalah seorang.

Terdapat perbezaan antara Bendera Al-Liwa' dan Panji Ar-Rayyah:

~ Bendera Al-Liwa' adalah bendera rasmi Daulah Islamiyah yang berwarna putih dengan kalimat syahadah (berwarna hitam) tertera di atasnya. Sedangkan Bendera Al-Liwa' selalu diserahkan kepada panglima tentera.

~ Panji Ar-Rayyah digunakan disaat berlangsungnya perang jihad dan selalu diserahkan kepada beberapa pasukan tentera.

~Bendera Al-Liwa' akan dikibarkan di setiap markas dan rejimen ketenteraan. Oleh kerana itu tentera Negara Islam akan mempunyai sebuah Bendera Liwa' dan beberapa Panji Ar-Rayyah.

EDARKAN SEHINGGA DIBACA OLEH PARA PENTADBIR² MASJID DI KHARIAH² KITA DAN SELURUH ALAM MELAYU DAN UMAT ISLAM YANG MEMAHAMI BAHASA MELAYU. INSYA'ALLAH.

29 November 2012

PERLUNYA MENGAMAL TIGA SERANGKAI ILMU - TAUHID, FIQH DAN TASAUF SERENTAK.



Kita Belajar Ilmu Fiqh untuk mengesahkan amal zahir. Belajar Ilmu Tauhid (Aqidah) supaya hati (ruh) kenal Allah dan tidak sesat jalan hidup.

Kita belajar dan menghayati ilmu tasauf agar dapat mengubati penyakit mazmumah saperti ego, bongkak, takabbur atau riak. Penyakit penyakit ini adalah syirik kecil yang tersembunyi pada diri kita yang boleh membatalkan amal Fiqh dan amal Tauhid.

Ilmu tasauf mendidik hati manusia yang berakhlak "keras/ kasar/ biadab".Tasauf mengajar jadi "ihsan", sentiasa yakin bahawa "Allah tahu dan melihat apa yang kita buat". Buat hati jadi lembut, perangai juga lembut, tidaklah lagi melihat keburukan orang, mengata orang, memaki hamun orang,mengaibkan orang, dan suka buruk sangka terhadap orang. Tasauf mengajar kita supaya sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Belajar Fiqh dan Tauhid sahaja tidak cukup untuk mendidik hati. Ilmu Tasauf menjernihkan hati.

Kesimpulannya: Ilmu Aqidah adalah pokoknya, Fiqh adalah batangnya, Tasauf adalah buahnya.

Semuga semuanya memberi muinafa'at kepada kita...

Salam Ukhuwah

22 October 2012

Jangan mencaci sesama Islam


SATU hari, ketika Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya berhampiran Kaabah, seorang lelaki asing melintas di hadapan mereka. Setelah lelaki itu berlalu, Rasullullah berkata kepada para sahabatnya, “Dialah ahli syurga.” Rasullullah mengulanginya sebanyak tiga kali.
 Berikutan kenyataan Rasulullah itu, timbul perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat terutamanya Abdullah bin Umar yang memang dikenali sebagai seorang yang sangat kritikal.
 Dia lalu bertanya kepada Rasulullah “Ya, Rasulullah, mengapa engkau katakan itu kepada kami, padahal selama ini kami tidak pernah mengenalinya sebagai sahabatmu? Sedangkan terhadap kami sendiri yang selalu mendampingimu engkau tidak pernah mengatakan hal itu?”
 Rasulullah menjawab soalan Abdullah dengan penuh diplomasi dan bijak. Rasulullah berkata, ‘‘Jika engkau ingin tahu tentang apa yang aku katakan, silakan engkau tanyakan sendiri kepadanya.”
 Abdullah yang mendengar jawapan Rasulullah itu semakin teruja untuk mengetahui apa istimewanya lelaki tersebut sehingga dia dikatakan sebagai ahli syurga.
 Berikutan itu Abdullah berkunjung ke rumah lelaki berkenaan bagi mendapatkan jawapannya.
 ‘‘Semalam sewaktu engkau melintas di hadapan kami, Rasulullah mengatakan bahawa engkau seorang ahli syurga. Apa yang menjadi rahsiamu sehingga Rasulullah begitu memuliakanmu?'' Lelaki itu tersenyum, kemudian menjawab, “Sesungguhnya aku tidak pernah melakukan apa-apa. Aku bahkan tidak memiliki kekayaan apa-apa. Baik ilmu mahupun harta yang mampu aku sedekahkan, apa yang aku miliki hanyalah kecintaan.
 ‘‘Kecintaan kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada sesama manusia. Dan setiap malam menjelang tidur, aku selalu berusaha menguatkan rasa cinta itu, sekali gus berusaha menghilangkan perasaan benci yang ada kepada sesiapa saja. Bahkan terhadap orang-orang kafir sekalipun.”
 Memelihara perasaan benci dan marah, bererti menyimpan perasaan ego. Wujudnya perasaan benci, bererti adanya sikap untuk menyalahkan orang yang dibenci itu dan menyalahkan orang lain bererti menganggap diri kita sahaja yang betul.
Kita tidak harus lupa bahawa sikap itulah yang ditunjukkan oleh syaitan ketika penciptaan Nabi Adam a.s.
 Kisah tersebut memberikan gambaran kepada kita, bahawa perasaan benci, bukan hanya mengakibatkan fitnah dan permusuhan, tetapi juga dapat menimbulkan penyakit batin yang sangat buruk, sekali gus menjauhkan diri dari syurga yang menjadi idaman setiap mukmin.
 Oleh itu sikap yang paling bijak ialah berusaha untuk memperbaiki diri, sekali gus menjadi orang yang pemaaf. Sebab itulah yang selalu dilakukan Rasulullah SAW sepanjang perjalanan hidup baginda. Sedangkan hidup Nabi adalah contoh bagi setiap mukmin.
 Tetapi malangnya di kalangan umat Islam termasuklah mereka yang bergelar pemimpin mengaku kelemahan sendiri seolah-olah adalah satu dosa. Oleh itu mereka lebih suka menuding jari kepada orang lain termasuklah mencerca sesama Islam apatah lagi kalau sesuatu kumpulan itu dilihat sebagai musuh politik mereka.
 Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bersabda, ‘‘Orang Islam yang suka mencerca itu ibarat memakan daging saudaranya sendiri.’’
 Dalam riwayat lain, Nabi bersabda bahawa seorang muslim adalah yang menyelamatkan sesama muslim dari lidah dan tangannya.
 perbuatan
 Di zaman Nabi, pernah ada sekelompok orang yang digerakkan kaum munafik telah mencerca sahabat Rasul. Baginda Rasulullah lalu bersabda, ‘‘Jangan kalian mencerca para sahabatku. Seandainya kalian
membelanjakan harta sebesar Gunung Uhud, nescaya amal kalian tidak akan dapat mengalahkan para sahabatku.”
 Sebenarnya pokok pangkal perbuatan itu ialah bergantung kepada lidah. Biarpun dia seorang pemimpin, dia seharusnya menjaga lidah apabila bercakap dan bukannya mengikut hati serta perasaannya sahaja.
 Diriwayatkan bahawa Lukman al-Hakim, pernah disuruh majikannya membeli daging yang baik untuk menjamu para tamunya. Lukman membeli hati dan lidah. Majikannya berasa marah dengan tindakan Lukman dan bertanya kepadanya kenapa dia membeli hati dan lidah.
 ‘‘Tidakkah ini daging yang baik seperti tuan pesan. Hati merupakan sumber amal perbuatan yang baik, sedang lidah dapat menjalin persaudaraan. Dari keduanya orang dapat membangun kebaikan,” jawab Lukman.
 Pada satu hari majikannya menyuruh Lukman membeli daging yang busuk. Tujuan majikannya ialah untuk mengetahui apa pula jenis daging yang akan dibeli oleh Lukman.
 Apabila pulang Lukman sekali lagi membeli hati dan lidah. Tindakan Lukman mengejutkan majikannya dan bertanya kenapa dia berbuat demikian sedangkan yang disuruh dibeli ialah daging yang busuk.
 ‘‘Benar tuan, ini daging terbusuk. Hati adalah daging yang paling baik dan sekali gus juga paling busuk. Ia sumber kedengkian dan rasa bongkak. Lidah merupakan ‘alat’ untuk melaknat, mencerca dan mencaci orang lain.”
 Justeru adalah jelas lidah merupakan cermin hati seseorang. Bila hati bersih, lidah nescaya tidak akan bertutur kecuali yang baik. Sebaliknya bila hati ‘tercemar’, maka lidah akan mudah berkata-kata yang buruk.
 Oleh itu dalam kita memelihara persaudaraan Islam maka kita perlulah menjaga lidah daripada mencaci dan memaki hamun sesama Islam. Tidak kisahlah apapun perbezaan antara kita namun persaudaraan
Islam tetap harus menjadi teras utama.
Untuk menggambarkan dalamnya persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiah), Allah SWT menggunakan kata ikhwah, yang bererti “saudara kandung’' .
 Ini berbeza dengan ikhwan, yang ertinya “berteman’', sebagaimana digunakan Allah dalam surat Ali ‘Imran ayat 103, untuk menggambarkan bagaimana suku-suku Arab pada zaman jahiliah yang bermusuh-musuhan, kemudian bersatu setelah memeluk Islam. Jadi, setelah berada dalam satu agama, setiap Muslim adalah teman bagi yang lain. Dan setelah keIslaman itu meningkat, setiap Muslim seharusnya dapat memandang Muslim lain sebagai saudara kandungnya.
 Ukhuwah Islamiah dapat diwujudkan seperti disabdakan Rasulullah SAW yang antara lain dalam bentuk bahawa seorang Muslim harus dapat mencintai Muslim lain sebagaimana ia mencintai diri sendiri; bahawa seorang Muslim harus dapat merasakan kesusahan yang dialami Muslim lain.
 memaafkan
 Di dalam al Quran, Allah SWT meminta agar seorang Muslim tidak memusuhi, mencaci, buruk sangka kepada Muslim lain. Apa yang perlu dipertingkatkan ialah saling memaafkan, mendoakan dan melindungi.
 Oleh itu, sebagai umat Islam kita seharusnya memegang teguh kepada persaudaraan Islam seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud;
 ‘‘Berpegang teguh kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (semasa kekufuran kamu semasa jahilian), lalu Allah selamatkan dari itu nerakat itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah.’’
 Semoga di sepanjang jalan hidup di alam fana ini, kita akan sentiasa memelihara ukhuwah Islamiah biar siapapun kita.

21 April 2012

Tanda-Tanda Kecil Kiamat


 Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim

Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.

27 March 2012

Kebijaksanaan Yahudi Dan Pemakanannya..

Kita sering kali terbaca dan terlihat di mana-mana saja tentang ‘BOIKOT BARANG USA DAN ISRAEL.’. Serta kita juga dapat perhatikan hampir 70-80% perniagaan di dunia ini di kuasai oleh kaum Yahudi. Malah pentadbiran Amerika itu sendiri di bayangi oleh kaum Yahudi. Dalam Quran dan beberapa kitab-kitab ada menyatakan kaum Yahudi atau Bani Israel adalah golongan yang bijaksana, pandai berniaga walaupun sikap mereka yang sentiasa takbur sehinggakan di laknat oleh ALLAH.

Penulisan ini bukan untuk bercerita tentang ke’Takbur’an, Kezaliman dan Keganasan mereka. Namun di sini saya ingin anda semua termasuklah diri saya sendiri berfikir Kenapa mereka bijak dan mampu menguasai perniagaan dunia serta melahirkan ramai cendiakawan. Sedangkan kita orang Melayu sejak dari tahun 1970 sampai sekrang hanya dapat melahirkan kurang 20% usahawan daripada sasaran 30% walaupun dengan pelbagai dasar telah di unjurkan dan di laksanakan.

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? Selepas saya membaca artikel ini, saya ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini saya ingin sedikit menghuraikannya supaya kita semua dapat berfikir bersama.

Permulaan artikel ini, beliau menerangkan bagaimana proses ‘Kebijaksanaan’ Yahudi itu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum Wanita Yahudi (si Ibu) mengandung, si Lelaki (Ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano. Dan semua perkara ini mereka akan lakukan bersama terutama menyelesaikan masalah matematik. Ini kerana keinginan mereka ingin melahirkan zuriat Yahudi yang genius dan bijaksana. Bagi saya ia amat menarik sekali. Jarang kita lihat perkara ini berlaku di kalangan orang kita. Dalam beberapa artikel lain yang saya baca, sekiranya si Ibu banyak berfikir tak kira yang bagus atau tidak, ia akan di ‘pindahkan’ kepada si anak dalam kandungan itu. Jadi sekiranya si ibu berfikir tentang menyelesaikan masalah matematik atau apa saja ilmu-ilmu, insya Allah dengan izinNYA ilmu itu akan di pindahkan kepada si bayi tadi. Itu sebabnya Islam amat menggalakkan kita membaca Al Quran, melakukan perkara yang baik lagi yang bijaksana supaya anak kita nanti akan berjaya dan menjadi seorang ‘MANUSIA’. Kaedah seperti meletakkan ‘head-phone’ ke perut dan mendendangkan lagu-lagu berilmu serta bacaan ayat Suci Al Quran pun amat berkesan kerana dengan sumber yang terus mampu merangsangkan otak si bayi.

Itu dari segi perbuatan semasa mengandung. Bagaimana dengan pemakanan si Ibu pula? Menurut artikel beliau, kebanyakkan ibu-ibu Yahudi yang mengandung lebih banyak memakan kekacang terutama kacang badam dan kurma dengan susu. Kajian menyatakan protein kacang terutama kacang badam amat baik untuk merangsang pertumbuhan otak bayi. Manakala kurma dan susu saya rasa tak perlu la say ajelaskannya lagi kerana Rasullullah sendiri telah menjelaskan khasiatnya. Di samping itu, si ibu tadi di galakkan makan roti dan ikan tanpa kepala serta salad. Di tambahkan pula dengan mengambil pil minyak ikan sebagai pil tambahan (supplementary).

Ini semua cukup jarang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Kita masih lagi terikat dengan pantang larang yang di buat oleh orang dulu. Memang ada pantang larang itu bagus tapi kenapa kita tak nak cuba melakukan perkara yang memberi sedikit kelainan. Namun ada ibu-ibu moden sekarang melakukan perubahan. Lebih banyak mengambil supplement yang memberi khasiat kepada bayi dan diri sendiri, minum susu dan memakan kekacang. Untuk pengetahuan, susu amat bagus untuk kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan kerana ia mampu mempercepatkan pembesaran tulang, sel-sel otak dan mencerahkan kulit bayi iaitu merangsang sel-sel kulit bayi. Itu sebabnya orang Yahudi putih. Kenapa orang Yahudi amat melarang memakan kepala ikan terutama kepada ibu mengandung? Ini kerana menurut kajian saintis-saintis kepala ikan mempunyai beberapa jenis bahan kimia yang boleh merencatkan sel-sel otak dan saraf manusia terutama bayi yang sedang membesar. Jadi, macamana dengan Kari Kepala Ikan? Mmmm. Anda fikirkanlah.

Bagaimana dengan cara pemakanan orang Yahudi itu sendiri. Seperti saya katakan tadi, mereka suka makan ikan terutama fillet dan salad serta kekacang. Seperti orang kita, mereka amat melarang memakan daging dan ikan bersama. Sebabnya kita sendiri pun mengatahuinya. Kalau tak tahu, Tanya ibubapa kita. DI samping itu, mereka amat suka dan menggalakkan memakan buah-buahan dulu sebelum memakan hidangan utama.

Kajian menunjukkan ikan amat bagus untuk perangsangan minda dan ia sendiri telah terbukti di Malaysia. Kenapa peratusan pencapaian kejayaan untuk semua peperiksaan utama (UPSR, PMR dan SPM) amat cemerlang di negeri Kelantan dan Terengganu. Satu kajian tak rasmi, menyatakan bahawa penduduk di dua buah negeri ini menjadikan ikan sebagai makanan utama dan ikan tongkol (Ikan dalam hidangan Nasi Dagang) adalah ikan utama. Ikan tongkol ini adalah sama spesis dengan ikan Solomon dan saya rasa anda semua sendiri tahu khasiat ikan Solomon. Sekiranya tak tahu, ikan Solomon mempunyai protein OMEGA yang tinggi dan amat bagus untuk pertumbuhan minda kita. Jadi khasiat ikan Tongkol adalah lebih kurang sama dengan ikan Solomon. Memakan buah-buahan sebelum memakan makanan utama memang bagus untuk kesihatan. Islam dan Rasulullah sendiri telah mengajarkannya kepada kita. Cuma orang kita yang tak mahu mengikutnya dan lebih suka memakan buah selepas makan berat. Menurut kajian orang Yahudi sendiri, makan buah selepas makan hidangan utama terutama hidangan karbohidrat menyebabkan kita akan rasa mengantuk, lemah dan sukar memahami pelajaran atau ilmu. Di samping itu juga ia tidak baik untuk kesihatan badan kita. Betul tak lepas makan kita akan rasa mengantuk?

Bagaimana pula sistem pembelajaran anak-anak mereka? Dalam artikel ini serta artikel lain, kerajaan Yahudi itu sendiri amat menitikberatkan pendidikan. Pembelajaran mereka lebih menumpukan kepada sains, perniagaan dan musik serta penumpuan kepada sukan atau aktiviti luar darjah. Jadi tak hairanlah sekiranya mereka berjaya dalam bidang sains dan perniagaan kerana kerajaan mereka sendiri memberi begitu penekanan sehingga melahirkan ramai cendiakawan serta memonopoli perniagaan dunia seperti Starbuck, DKNY, Levi’s, Dunkin Donut dan banyak lagi. Mereka amat mengalakkan anak-anak mereka mencuba perkara-perkara baru, mencipta projek-projek sains sendiri walaupun ia Nampak mengarut dan lucu kadang-kadang tetapi mereka di beri peluang berfikir dan sekiranya projek mereka seperti berpotensi maka pihak sekolah akan beri lebih ketelitian.

Kenapa mereka memilh musik? Menurut mereka, bermain musik dan memahami nota musik dapat meningkat IQ dan merangsang otak. Dan mereka juga mengalakkan atau mewajibkan kanak-kanak bermain piano dan biola. Bidang sukan juga turut di beri penekanan dan sukan memanah, menembak dan balapan. Bagi mereka, sukan-sukan terutama memanah dapat melatih otak memfokuskan sesuatu. Di samping itu, ibubapa amat mengawal pemakanan anak-anak mereka. Kanak-kanak di sana di haruskan makan buah-buahan bersama kacang badam dan memakan pil minyak ikan. Menurut beberapa pengkaji, orang Yahudi rata-rata memahami 3 jenis bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.

Berbalik kepada masyarakat kita. Bagaimana sistem pendidikan kita? Bagaimana dengan pembelajaran anak-anak kita sekarang? Apa yang saya boleh rumuskan adalah masih lemah. Walaupun pelbagai kaedah pembelajaran, pembaharuan dasar atau apa sekalipun ia masih belum menunjukkan sebarang peningkatan. Kalau kita perhatikan sistem pendidikan kita, tidak ada penekanan dalam mana-mana bidang. Anak-anak kita seperti tidak haluan untuk maju. Kita lebih menekankan sistem hafalan atau mengingat daripada pemahaman serta penelitian. Dan ini merupakan salah satu sebab kurangnya lelaki di institusi-institusi tinggi di Negara kita. Pengkhususan bidang hanya bermula apabila pelajar tersebut selesai mengambil PMR. Namun yang menjadi kehairanannya sekarang pelajar-pelajar yang keputusan PMR mereka lemah di suruh ambil bidang SASTERA. Tidakkah kita terfikir yang bidang sastera ini perlu banyak membaca. Kalau mereka ini rajin membaca keputusan mereka taklah LEMAH. Sekarang ada pengkhususan bidang seperti IT, Kejuruteraan, Lukisan dan lain-lain tetapi lebih kepada di sekolah-sekolah asrama penuh. Kalau dulu para pelajar yang lemah ini boleh mengharapkan aliran Vokasional tetapi sekarang Vokasional pun perlu kelulusan sederhana.

Itu sistem pembelajaran, di tambahkan para pelajar sekarang kurang aktif dalam bidang sukan mahupun ko-kurikulum. Walaupun pihak sekolah, guru-guru begitu mengalakkan penglibatan para pelajar dalam bidang sukan mahupun kokurikulm tapi sambutannya dingin. Para remaja atau pelajar sekarang lebih suka melepak di pusat-pusat membeli belah, merempit, dan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah. Itu kalau yang sederhana dan lemah, bagi pelajar cerdik pandai lebih suka duduk di rumah dan mengulangkaji pelajaran atau membaca buku. Bagus itu memang bagus tapi kurang sihat untuk otak kerana otak perlu juga untuk beraktiviti dan melakukan kerja lain selain mengingat segala huruf-huruf atau ayat-ayat. Sekarang di zaman moden dan serba canggih ini, semua orang perlu cepat kerana cepat hasilnya duit. Jadi apabila ibubapa terlalu sibuk dengan kerja atau mencari duit menyebabkan anak-anak di abaikan. Kurangnya sikap ambil berat tentang perilaku anak-anak menjadi faktor peningkatan jenayah juvana, hisap rokok dan lain-lain lagi. Daripada sini, macammana pemakanan anak-anak? Ibubapa sekarang terlampau meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada anak mereka sehingga berlakunya tekanan terhadap anak-anak. Mengharapkan anak-anak berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam kehidupan dan harap mendapat kerja yang hebat bila besar tetapi harapan yang di beri tanpa sedikit pun usaha mahupun penjagaan yang rapi menjadikan hasilnya,0. Itu sebabnya lahirnya mat-mat dan minah-minah rempit dan banyak lagi. Berbanding anak-anak Yahudi, mereka cukup di beri pemantauan dan pendidikan yang hampir sempurna oleh ibubapa mereka. Isu masalah remaja ini nanti saya akan utarakan kelak dalam penulisan saya seterusnya.

Dalam artikel Dr Stephan ini juga ada satu perkara yang begitu menarik minat saya. MEROKOK. Menurut beliau, orang Yahudi tak suka merokok dan mereka menganggap merokok ini adalah TABOO. Dan ada beberapa lagi artikel lagi menyokong kenyataan ini. Kebanyakkan daripada rakyat Yahudi ini tak suka kepada rokok dan juga perokok. Menurut penulisan Dr Stephan ini, para saintis Yahudi menjalankan satu kajian di mana Nikotin yang terdapat dalam rokok dapat merosakkan sel-sel utama otak dan seterusnya melekat ataupun kerosakkan ini akan menjadi keturunan atau Hereditary. Jadi kesimpulan yang ringkas, perokok akan sentiasa membawa gen yang rosak otak seterusnya menghasilkan generasi yang ‘cacat’ otak. Dalam artikel ‘Prices Of Cigarettes’ menunjukkan harga sekotak rokok di Israel adalah lingkungan USD 25-30(RM 80-95) dan satu kajian yang terperinci oleh WHO mendapati rakyat Israel paling kurang menghisap rokok di dunia. Namun pengeluar dan pemilik rokok terbesar di dunia adalah dari kaum Yahudi dan hampir 100% keuntungan rokok dunia di salurkan ke Israel. Jadi kenapa semasa kempen boikot-memboikot barang USA dan Yahudi, jenama rokok terkenal tidak di boikot bersama? Anda fikirkan?

Jadi bagi perokok di luar sana, adakah anda tahu yang anda membawa gen-gen ‘cacat otak? Jangan marah kerana ini kenyataan. Memang sekarang anda tak nampak permasalahannya tetapi cuba lihat anak anda dan dua generasi anda seterusnya. Pernahkah kita terfikir kenapa anak-anak sekarang degil, suka memberontak, panas baran, tak dengar cakap ibubapa serta sukar untuk mempelajari dan memahami perkara-perkara baru. Betul ramai pelajar yang berjaya dalam SPM, dari 9A1 hingga 20A1 dan juga ramai yang berjaya memasuki IPTA atau IPTS. Adakah ini kualiti yang Negara mahukan. Tidakkah kita lihat lagi ramai para remaja yang ‘rosak’ daripada yang berjaya. Kajian WHO juga boleh menyokong kajian Dr Stephan ini di mana ia menyatakan bahawa masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara adalah masyarakat yang paling banyak menghisap rokok berbanding di Negara lain. Bolehkah kita mengaitkan bahawa faktor rokok merupakan salah satu faktor di mana Negara-negara di Asia Tenggara kurang maju dan agak kebelakang.

Mari kita kita bandingkan, negara-negara Asia Tenggara yang lain selain SIngapura dengan hanya berkenaan rokok. Kebanyakkan Negara-negara di Asia Tenggara tidak mempunyai undang-undang yang ketat berkenaan rokok. Malahan harga rokok pun tidaklah mahal sangat berbanding di Singapura. Di sana, hanya 10-17% rakyatnya merokok. Di samping itu juga untuk merokok hanya di kawasan tertentu saja dan sekiranya mereka merokok di kawasan terbuka mereka akan di kenakan kompaun dan akan di hadapkan ke mahkamah. Itu baru merokok, tak termasuk buang punting rokok merata-rata. Di Malaysia memang ada undang-undang untuk perokok tapi kurang atau tidak ada langsung penguatkuasaan.Walaupun kompaun sampai RM25,000 sekiranya merokok di kawasan larangan merokok tapi pernah kita melihat perokok di tangkap dan di kenakan saman atas kesalahan merokok.

Sedikit pengetahuan, kebanyakkan remaja Singapura di kategorikan antara remaja mempunyai IQ tinggi di dunia dan rakyat INDIA mempunyai IQ paling bagus di dunia. Jadi tak hairanlah Singapore National University antara 50 universiti terbaik di dunia dan berjaya melahirkan graduan yang hebat. Berbanding di Negara kita dan Negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jadi, mari kita berfikir tentang kehebatan kaum Yahudi berbanding bangsa kita. Memang mereka adalah kaum yang di laknat oleh ALLAH buat selama-lamanya tapi kenapa perkara yang baik kita tak boleh nak contohi, demi melahirkan generasi yang hebat, cerdik dan taat. Masih banyak perkara lagi yang saya tak sentuh terutama bab cara mereka membantu kaum mereka dalam perniagaan, bidang penumpuan di IPT, kesungguhan memartabatkan bangsa dan agama mereka dan banyak lagi. Jadi kesimpulannya adakah kaum Yahudi ini menjadi hebat kerana kurniaan daripada Tuhan atau pun atas usaha dan kesungguhan mereka sendiri. Ingatlah Allah sentiasa membantu orang bersungguh-sungguh. Anda fikirkanlah sendiri. Saya bukan menyokong mereka tapi hanya untuk kita semua berfikir dan sedar yang Islam kebelakang dan di tindas kerana kita tidak ada generasi yang hebat lagi cerdik pandai. Semoga Malaysia dan Islam terus maju kehadapan.

· Sedikit santapan – Satu kajian yang di lakukan bahagian Kardiologi PPUM di ketuai oleh Prof. Wan Azman menyatakan apabila kita sujud semasa sembahyang, pada ketika itu denyutan jantung kita akan menjadi perlahan dan stabil. Sekiranya jantung kita sentiasa berdenyut dalam keadaan yang biasa dan stabil, Insya Allah ia akan memanjangkan umur kita dan kualiti jantung kita. Fikir-fikirkan……

~sumber daripada www.syok.org